Tuesday 25 August 2020

Menjadi Haji tanpa Perlu Pergi Haji? Ini Menarik!

Menjadi Haji Tanpa BerhajiMenjadi Haji Tanpa Berhaji by Agus Mustofa


Bismillahirrahmanirrahim.

Buku ini saya pinjam daripada gedung perpustaakaan milik Kota Buku/FINE Academy di Wangsa Melawati.

Khusyuk saya membacanya sehingga dapat menghabiskannya dalam dua kali hadap.

Ini merupakan siri ke 24 dalam bicara penulis berkenaan Tasawwuf MOden. Penulis Agus Mustofa, banyak menuliskan siri tajuk buku bicara agama dan tasawwuf daripada perspekstif sains, yang kadangkala kontroversial, terlalu bergantung kepada logik akal dan bertentangan dengan kubu status quo para ilmuwan bidang agama sendiri.

Namun, tajuk siri ini, Menjadi Haji tanpa Berhaji, yang membawa maksud, memperoleh pahala dan kesan haji walaupun tanpa pergi melakukan perjalanan haji, menampilkan sisi yang berbeza.

Penulis begitu menundukkan akal fikiran terhadap hikmah dan substansial haji, berbanding menggunakan kekuatan logik akal. Barangkali pengalaman penulis sendiri berada di Tanah Suci melaksanakan haji, membawa hati dan akal bersatu dalam kalimat Tuhan.

Saya turut tersentap dengan pelbagai anekdot dan argumen yang dibawakan penulis, khususnya berkenaan apa yang sepatutnya jemaah haji dapat semasa menunaikan haji, dan apa yang sepatutnya bawa pulang ke tanahair.

Kekeringan hati dan kekurangan jernih akal para jemaah, sebenarnya bertitik tolak daripada kurangnya ilmu dan kurangnya hasrat menjernihkan jiwa sebelum dan semasa berada di sana. Allah, sayang sekali usaha yang dilakukan bertahun-tahun, biaya yang dikeluarkan berkarung-karung, masa yang dicurahkan bertarung-tarung, namun, kesannya tidak melahirkan manusia yang berserah diri kepada tuhan.

Penulis juga membawakan action plan bagaimana menjadikan perjalanan hidup sebagai perjalanan haji dan bagaimana meniru perjalanan haji sebenar, walaupun hanya berada di tanahair.

Buku yang wajib dibaca oleh bakal tetamu Allah. Haji atau umrah.

Kerana kita semakin kehilangan substansi umrah malah haji itu sendiri kerana kemewahan, hasrat-hasrat dunia. Kerana kita semakin kehilangan ikhlas.

Asyraff Hafdzan
Perindu Haramain.

View all my reviews

No comments:

Post a Comment

Urban Legend Budak Izzuddin

Bismillahirrahmanirrahim. Setiap sekolah, selalunya ada cerita-cetita seram yang melatari sekolah. Sama ada kisah seram itu betul-betul wuju...