Wednesday 26 August 2020

Belajar semula dalam Universiti Kedua

Universiti Kedua: Kisah Tahanan di bawah ISAUniversiti Kedua: Kisah Tahanan di bawah ISA by Kassim Ahmad


Bismillahirrahmanirrahim.

Nama penulis, Kassim Ahmad, adalah nama kontoversi sejak zaman berzaman. Beliau dituduh sebagai seorang yang anti hadis, dan hanya berpegang kepada Al-Quran sahaja.

Sebagai generasi yang lahir kemudian, iaitu kira-kira beberapa bulan selepas pembebasan Almarhum Kassim Ahmad dari tahanan ISA, saya adalah gen X, sekitar tahun 1980-an.

Saya membesar dengan mempercayai bahawa Kassim Ahmad adalah seorang anti hadis. Tanpa saya teliti sendiri penulisan beliau, tanpa saya membaca sendiri pandangan dan makalah yang beliau tulis, (kerana tidak mudah diakses juga) maka saya kekal dengan kepercayaan itu.

Peluang membaca buku Universiti Kedua ini, sedikit sebanyak memberi peluang untuk mengenali beliau.

Pandangan beliau berkenaan anti hadis itu dilontarkan pada awal 70-an. Dan saya percaya, menjelang pengakhiran hayat beliau, beliau sudah memilih dan meneliti semula pendirian beliau.

Sebagaimana yang beliau pilih, apabila mula-mula ditahan di bawah ISA, beliau tidak setuju dan menentangnya. Namun sekitar 2009, beliau mengubah pandangan bahawa ISA ini diperlukan dan ada kegunaan dan manfaat yang mungkin khalayak tidak memahaminya.

Begitulah manusia. Ada masanya mereka akan berhijrah dan mengubah pandangan. Ada masanya mereka akan mengubah pendirian sebagaimana mengubah parti politik mereka.

Pengajarannya, kita mesti objektif atas neraca alQuran dan Sunnah dan mesti meneliti per se setiap pertuduhan dan pendirian. Bukan mudah-mudah mengecop, melabel dan generalize berdasarkan kata-kata orang.

Inilah kehidupan.

View all my reviews

Tuesday 25 August 2020

Menjadi Haji tanpa Perlu Pergi Haji? Ini Menarik!

Menjadi Haji Tanpa BerhajiMenjadi Haji Tanpa Berhaji by Agus Mustofa


Bismillahirrahmanirrahim.

Buku ini saya pinjam daripada gedung perpustaakaan milik Kota Buku/FINE Academy di Wangsa Melawati.

Khusyuk saya membacanya sehingga dapat menghabiskannya dalam dua kali hadap.

Ini merupakan siri ke 24 dalam bicara penulis berkenaan Tasawwuf MOden. Penulis Agus Mustofa, banyak menuliskan siri tajuk buku bicara agama dan tasawwuf daripada perspekstif sains, yang kadangkala kontroversial, terlalu bergantung kepada logik akal dan bertentangan dengan kubu status quo para ilmuwan bidang agama sendiri.

Namun, tajuk siri ini, Menjadi Haji tanpa Berhaji, yang membawa maksud, memperoleh pahala dan kesan haji walaupun tanpa pergi melakukan perjalanan haji, menampilkan sisi yang berbeza.

Penulis begitu menundukkan akal fikiran terhadap hikmah dan substansial haji, berbanding menggunakan kekuatan logik akal. Barangkali pengalaman penulis sendiri berada di Tanah Suci melaksanakan haji, membawa hati dan akal bersatu dalam kalimat Tuhan.

Saya turut tersentap dengan pelbagai anekdot dan argumen yang dibawakan penulis, khususnya berkenaan apa yang sepatutnya jemaah haji dapat semasa menunaikan haji, dan apa yang sepatutnya bawa pulang ke tanahair.

Kekeringan hati dan kekurangan jernih akal para jemaah, sebenarnya bertitik tolak daripada kurangnya ilmu dan kurangnya hasrat menjernihkan jiwa sebelum dan semasa berada di sana. Allah, sayang sekali usaha yang dilakukan bertahun-tahun, biaya yang dikeluarkan berkarung-karung, masa yang dicurahkan bertarung-tarung, namun, kesannya tidak melahirkan manusia yang berserah diri kepada tuhan.

Penulis juga membawakan action plan bagaimana menjadikan perjalanan hidup sebagai perjalanan haji dan bagaimana meniru perjalanan haji sebenar, walaupun hanya berada di tanahair.

Buku yang wajib dibaca oleh bakal tetamu Allah. Haji atau umrah.

Kerana kita semakin kehilangan substansi umrah malah haji itu sendiri kerana kemewahan, hasrat-hasrat dunia. Kerana kita semakin kehilangan ikhlas.

Asyraff Hafdzan
Perindu Haramain.

View all my reviews

Friday 14 August 2020

Ayahku Bukan Pembohong (2011)

Ayahku (Bukan) PembohongAyahku (Bukan) Pembohong by Tere Liye


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Karya ini tak bisa dipinggirkan daripada koleksi bacaan tentang ayah-ayah.

Menyebut jasa ayah dan peran mereka membesarkan impian dan imaginasi sang anak, menjadi sudut paling kontroversi dalam penceritaan novel ini.

Seberapa besarkah sang ayah dibenarkan bercerita dan mereka cipta cerita guna membina imaginasi dan membesarkan jati diri sang anak?

Atau setakat cerita kebenaran sahajakah yang bisa diceritakan?

Konflik anak dan ayah yang dibesarkan dengan cerita luar biasa yang dianggap dongeng, akhirnya pada penghujung cerita membuktikan siapa yang benar. Siapa yang berlebihan. Siapa yang ada benci di dalam hatinya.

Namun, semua pembuktian itu hanya terealisasi selepas sang ayah tiada.

Karya ini adalah salah satu karya wajib baca bagi pembaca lelaki yang sedang membina keluarga dan sedang menerapkan disiplin dalam keluarga.

Selamat membaca.

Terima kasih.

View all my reviews

Urban Legend Budak Izzuddin

Bismillahirrahmanirrahim. Setiap sekolah, selalunya ada cerita-cetita seram yang melatari sekolah. Sama ada kisah seram itu betul-betul wuju...