Thursday 7 January 2021

Urban Legend Budak Izzuddin

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap sekolah, selalunya ada cerita-cetita seram yang melatari sekolah. Sama ada kisah seram itu betul-betul wujud atau direka, itu semua adalah rencah kehidupan. 

Ebook yang saya baca pada awal tahun baru 2021 ini adalah kisah sebenar yang berlaku di Sekolah Izzuddin Shah pada tahun 1991.

Para penulis mengumpulkan kekuatan untuk menulis kembali memori masing-masing semasa menghadapi peristiwa seram dan kejam pada masa itu. 

Pelbagai misteri berlaku dalam bulan Februari 1991 itu. Bulan depan, genaplah 30 tahun. 

Apa misteri nya? 
1) 2 orang pelajar lemas serentak di pantai Bachok semasa lawatan sekolah. 

2) Seorang pelajar ditangkap polis kerana cuba membunuh akak kantin Sekolah Teknik berdekatan. Beliau mengaku dirasuk. 

3) Seorang pelajar dirasuk selepas mengejar kelibat misteri di belakang bangunan. 

4) Gangguan aneh antaranya bunyi burung yang sangat kuat, penampakan kelibat misteri dan pelbagai lagi peristiwa. 

5) Jin yang merasuk pelajar itu mengaku melakukan semua yang di atas. 

Ebook ini ringkas sahaja sekitar 85 muka surat. 

Jika berminat, boleh dapatkan dari Tuan Meor Zaidee di https://budakizzuddin.onpay.my/

Sekian. 

No comments:

Post a Comment

Urban Legend Budak Izzuddin

Bismillahirrahmanirrahim. Setiap sekolah, selalunya ada cerita-cetita seram yang melatari sekolah. Sama ada kisah seram itu betul-betul wuju...