Wednesday 26 August 2020

Belajar semula dalam Universiti Kedua

Universiti Kedua: Kisah Tahanan di bawah ISAUniversiti Kedua: Kisah Tahanan di bawah ISA by Kassim Ahmad


Bismillahirrahmanirrahim.

Nama penulis, Kassim Ahmad, adalah nama kontoversi sejak zaman berzaman. Beliau dituduh sebagai seorang yang anti hadis, dan hanya berpegang kepada Al-Quran sahaja.

Sebagai generasi yang lahir kemudian, iaitu kira-kira beberapa bulan selepas pembebasan Almarhum Kassim Ahmad dari tahanan ISA, saya adalah gen X, sekitar tahun 1980-an.

Saya membesar dengan mempercayai bahawa Kassim Ahmad adalah seorang anti hadis. Tanpa saya teliti sendiri penulisan beliau, tanpa saya membaca sendiri pandangan dan makalah yang beliau tulis, (kerana tidak mudah diakses juga) maka saya kekal dengan kepercayaan itu.

Peluang membaca buku Universiti Kedua ini, sedikit sebanyak memberi peluang untuk mengenali beliau.

Pandangan beliau berkenaan anti hadis itu dilontarkan pada awal 70-an. Dan saya percaya, menjelang pengakhiran hayat beliau, beliau sudah memilih dan meneliti semula pendirian beliau.

Sebagaimana yang beliau pilih, apabila mula-mula ditahan di bawah ISA, beliau tidak setuju dan menentangnya. Namun sekitar 2009, beliau mengubah pandangan bahawa ISA ini diperlukan dan ada kegunaan dan manfaat yang mungkin khalayak tidak memahaminya.

Begitulah manusia. Ada masanya mereka akan berhijrah dan mengubah pandangan. Ada masanya mereka akan mengubah pendirian sebagaimana mengubah parti politik mereka.

Pengajarannya, kita mesti objektif atas neraca alQuran dan Sunnah dan mesti meneliti per se setiap pertuduhan dan pendirian. Bukan mudah-mudah mengecop, melabel dan generalize berdasarkan kata-kata orang.

Inilah kehidupan.

View all my reviews

No comments:

Post a Comment

Urban Legend Budak Izzuddin

Bismillahirrahmanirrahim. Setiap sekolah, selalunya ada cerita-cetita seram yang melatari sekolah. Sama ada kisah seram itu betul-betul wuju...