Monday 9 November 2020

Komika : Ada Apa Dengan Komik?


Norman seorang budak yang suka melukis. Seperti biasa, budak yang suka melukis suka bersendiri. Dan masalah biasa bagi pelukis ialah masalah idea cerita. 

Di dalam kelas yang sama, Norman mempunyai seorang rakan sekelas yang bijak menulis cerita. Norman cemburukan Hardi, yang sentiasa dipuji karangannya. Jadi, satu hari Norman mengambil kesempatan bawa pulang buku Hardi untuk dibaca. Norman juga menceduk idea Hardi dan melukiskan komiknya.

Aneh, komiknya laris terjual berkat hasil curi karya Norman. 

Hardi mendapat tahu dan meminta penjelasan. Selepas beberapa kali berkonfrontasi, maka mereka mencapai penyelesaian menang-menang. Hardi mendapat kredit atas penulisannya, meskipun dia tidak mahu sebarang keuntungan daripada hasil jualan komik. 

Norman dan rakan baiknya akhirnya mempelawa Hardi menyertai tim pelukis komik, dengan nama Komika. Perjalanan komik mereka diteruskan apabila berjaya menubuhkan sebuah persatuan dan mempunyai guru penasihat, serta berjaya mendapat restu pihak sekolah untuk menjual dan menerbitkan komik secara rasmi.

Namun, setiap impian ada penghalangnya. Geng otai komik atau otaku, gelaran bagi penggila komik, animasi dan figurin, dalam bahasa Jepun, mula mencabar mereka. 

Berjayakah mereka menghadapi cabaran?

Berjayakah mereka menunaikan impian mereka sebagai pelukis komik?

Baca lebih lanjut dalam novel KOMIKA : Ada Apa Dengan Komik? karya Nazry Salam, penulis prolifik.

Urban Legend Budak Izzuddin

Bismillahirrahmanirrahim. Setiap sekolah, selalunya ada cerita-cetita seram yang melatari sekolah. Sama ada kisah seram itu betul-betul wuju...